Welcome To My Site...

Hidup Biar Ceria...Hati Mau Senang...

Tuesday, March 23, 2010

Kisah Pokok Epal

Kisah Pokok Epal



Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.



Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.



"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.



"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.



"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.



Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."



Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.



Masa berlalu...



Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.



"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.



"Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.



"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan.



Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.



Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.



"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.



"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.



"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.



Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.



Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.



"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.



"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.

 
"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu.

 
Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

Moral:

Cerita ini sengaja dipaparkan untuk mengajak para remaja berfikir cerita ini sengaja dipaparkan untuk mengajak remaja berfikir tentang pengajaran di sebalik cerita tersebut. Sebenarnya pokok epal yang dimaksudkan dalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita. Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka. Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita di dalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa sahaja asalkan kita bahagia dan gembira dalam kehidupan.

Anda mungkin terfikir bahawa budak lelaki itu bersikap kejam terhadap pokok epal itu, tetapi fikirkanlah itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masakini melayan ibu bapa mereka. Jangan hanya kita menghargai mereka semasa menyambut Hari Ibu dan Hari Bapa setiap tahun. Semoga kisah ini memberi keinsafan kepada kita semua.



Sunday, March 21, 2010

NAMAMU NAMAKU RHU....

Alhamdulilah, akhirnya bengkak di muka aku sudah kembali pulih...tetapi hari ni bukan aku nak bercerita tentang kemalangan atau apa, tapi tentang minggu lepas sebelum aku kemalangan. cuti minggu lalu aku telah pergi bercuti bersama beberapa orang kawan ke teluk senangin. sangat seronok kerana pantainya sangat cantik. aku pada mulanya tidak membawa pakaian untuk mandi akhirnya terpaksa membeli pakaian baru semata-mata untuk mandi laut. hahahaa...agak lucu dan merah la juga telinga diperli oleh kawan-kawan tap ada aku kisah? hehehhe janji boleh mandi laut. apa yang aku ingin katakan disini dan kongsikan adalah perkara lain. begini...sepanjang tepi pantai ni terdapat pokok rhu dimana ada yang sudah tinggi dan ada juga yang masih rendah. saat aku terpandangkan pokok ini aku seakan-akan berfikir dan membayangkan bahawa aku ni diibarat pokok rhu ini kerana jika kita lihat pokok ini tinggi, besar dan gah dipandangan mata tetapi hakikatnya ada tak sesiapa yang melihat daunnya dimana ia sangat halus dan nampak sangat cantik bila dilihat dengan hati. jadi aku ingin menjadi seperti pokok rhu tabah setabah batangnya dan gah segah tingginya dan halus sehalus daunnya. itulah RHU....

Tuesday, March 16, 2010

Ini takdirku....aku terkejutttt

hmmm agak lama tak masukkan something dlm blog ni. bukan apa busy sikit sem ni sebab dengan nk buat proposal, assingment, dengan latihan palapes lagi. nak tahu ke palapes tu apa? palapes ni merupakan singkatan daripada PASUKAN LATIHAN PEGAWAI SIMPANAN(palapes) @ dlm bi nyer ROTU(RESERVE OFFICER TRAINING UNITE) ha tulah maksudnya.

kisah terbaru nak dijadikan cerita semalam mungkin disebabkan kecuaian diri sendiri tetiba jer berlaku lah kemalangan yang tidak diduga kepada diri saya. huhuhu...agak menakutkan kerana pertama kali saya mengalami keadaan yang seteruk ini. motorsikal saya agak teruk jugalah dan saya ketika itu separa sedar dan apabila dihantar ke klinik saya masih bluurr...so kecederaan paling teruk di mukalah. hahahaa dah rugi 4 ribu tuh duit hantaran. kawan saya la yang cakap.
tapi apapun saya bersyukur yang saya selamat dan tidak ada mengalami keadaan yang kritikal. cuma sekarang risau dengan keadaan mata saya saja. cam biasa lah seluruh tubuh mengalami keadaan sengal2 dan sakit. yang paling penting mestila janga bagitau kat keluarga takot risau pulak diorang. selagi boleh berjalan dan nyusahkan mereka baik kita tanggung sendiri kan??itu pendapat saya lah. heheheeh peace....

disebabkan ini hari kedua kejadian saya dapat mc 3 hari. memang seronok hehehehe tapi boring sebab sakit kan. nak buat keja pon x boleh nak fokus. hmmm lagi satu best time ni lah nak manja2 ngan member2 semua ambil berat. hahhhahaa nk makan apa cakap jer mesti sampai. tapi sebab namanya pon orang sakit jadi x boleh la makan macam2. nak masuk dalam mulut pun kena pelan2 yalah dah bengkak macam kena sengat tebuan.huhuhu. oklah takat tu jer yang nak kongsikan sebab pala den dah ponin nih. hhehehehe. salam 1 malaysia....my friends i love u all!!

Monday, March 8, 2010

Disebalik Rahsia Huruf ??

A Ramah dan murah senyuman.Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas.Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.


B Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya.Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya sangat mudah tersinggung.

C Ramah dan pandai berbicara.Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala.Mereka juga sukar memaafkan.Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya tidak menepati masa.

M Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan memberontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya boros dan keras kepala.

N Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

O Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.

Q Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji.Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri.Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.



p/s: rahsia nama gergantung kepada anda sama ada untuk percaya atau tidak...peace!

SEMAK JAWAPAN ANDA BETUL KE TIDAK?

Hmmmm...tunggu punya tunggu tiada yang nk bgtau jawapan. tidak mengapa saya boleh bagi jawapan. nanti boleh anda ceriakan dan mendebarkan rakan anda dengan teka-teki-teku ini yer...tapi pastikan lah dia tak tahu lagi, kalau tak mesti la boring..hehehe. ha! ni jawapannyer...

1 : Semut hitam tengah berjogging..huhuhu

2 : Seluar dalam ler..haha

3 : Kuih lepat liat la…sebab kapal terbang sampai awan je, tp kuih lepat sampai lelangit.

4 : Kotak penaltilah.. … wawawa!

5 : Selipar maner boley buat gali tanah,gune cangkol lar….huehue. ..hue!!

6 : Koboi naik kuda bawak sekor ayam.

7 : Lilin masa sambut ‘ EPI BESDAY ‘

8 : Kala jengking

9 : Kerani

10 : Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri!

11 : Sebab tak hujan…aduhai!

Tomorrow may be too late.

If you’re mad at someone



And nobody is there to fix
You fix it.
Maybe today, that person
Still wants to be your friends…
And if you don’t,
Tomorrow may be too late.



If you’re in love with someone,
But that person doesn’t know…
Tell her.
Maybe today, that person is
Also in love with you…
And if you don’t say it,
Tomorrow may be too late…



If you remember a person
That you think has forgotten you…
Tell her.
Maybe that person have
Always remembered you.
And if you don’t tell
Her today
Tomorrow maybe too late…



If you have friends who you really
Appreciate…
Tell them.
Maybe they appreciate you as well…
If you don’t tell and they
Are leave or go far away,
Tomorrow maybe too late…

So, apa yang saya harap setelah anda membaca bingkisan kata-kata ini tolonglah luahkan kepada orang yang sepatutnya anda luah....jika tidak anda akan menyesal dikemudian hari. bukan untuk menakutkan anda, tetapi sewaktu saya memasukan bingkisan ini keadaan saya ketika ini saya sangat rindukan ibu saya dan saya terus je tepon dia. coz i'm afraid tomorrow maybe too late..

Thursday, March 4, 2010

TEKA-TEKI-TEKU

1: Hitam dan berpeluh..Haaa. . Ape2??


2 : Ape benda bila masuk segitiga bila kuar bergulung-gulung..

3 : Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu yang paling tinggi?

3 : Byk2 kotak, kotak ape yg x leh angkat?

4 : Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar ??? Teka..teka.. kalo terer!

5 : 3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?

6 : Masa dia hidup kite menyanyi, masa dia mati kite tepuk tangan pulak…

7 : Scorpion kaler apa?

8 : Dlm bnyk2 kera, kera ape yg pandai menaip???

9 : Ada sorang orang tengah sembahyang pastu ada sekor anjing jilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMAYANG IMAM TU???

10 : 4 org awek cun berpayung dgn satu payung tp nape tak basah langsung??

OK, ANDA BOLEH KONGSI JAWAPAN ANDA DI RUANG KONGSI SOMETHING...BOLEH KITA SAMA-SAMA UJI MINDA....