Alhamdulilah, akhirnya bengkak di muka aku sudah kembali pulih...tetapi hari ni bukan aku nak bercerita tentang kemalangan atau apa, tapi tentang minggu lepas sebelum aku kemalangan. cuti minggu lalu aku telah pergi bercuti bersama beberapa orang kawan ke teluk senangin. sangat seronok kerana pantainya sangat cantik. aku pada mulanya tidak membawa pakaian untuk mandi akhirnya terpaksa membeli pakaian baru semata-mata untuk mandi laut. hahahaa...agak lucu dan merah la juga telinga diperli oleh kawan-kawan tap ada aku kisah? hehehhe janji boleh mandi laut. apa yang aku ingin katakan disini dan kongsikan adalah perkara lain. begini...sepanjang tepi pantai ni terdapat pokok rhu dimana ada yang sudah tinggi dan ada juga yang masih rendah. saat aku terpandangkan pokok ini aku seakan-akan berfikir dan membayangkan bahawa aku ni diibarat pokok rhu ini kerana jika kita lihat pokok ini tinggi, besar dan gah dipandangan mata tetapi hakikatnya ada tak sesiapa yang melihat daunnya dimana ia sangat halus dan nampak sangat cantik bila dilihat dengan hati. jadi aku ingin menjadi seperti pokok rhu tabah setabah batangnya dan gah segah tingginya dan halus sehalus daunnya. itulah RHU....
Sunday, March 21, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)