Tuesday, March 23, 2010
Kisah Pokok Epal
Posted by hayati at 11:44 AM 0 comments
Sunday, March 21, 2010
NAMAMU NAMAKU RHU....
Posted by hayati at 5:39 PM 0 comments
Tuesday, March 16, 2010
Ini takdirku....aku terkejutttt
Posted by hayati at 8:52 PM 0 comments
Monday, March 8, 2010
Disebalik Rahsia Huruf ??
A Ramah dan murah senyuman.Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas.Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
B Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya.Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya sangat mudah tersinggung.
C Ramah dan pandai berbicara.Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.
D Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.
E Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.
F Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala.Mereka juga sukar memaafkan.Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.
G Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.
H Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.
I Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
J Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.
K Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
L Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya tidak menepati masa.
M Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan memberontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya boros dan keras kepala.
N Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.
O Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.
P Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.
Q Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.
R Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.
S Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji.Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.
T Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.
U Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.
V Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri.Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.
W Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.
X Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.
Y Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.
Z Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.
p/s: rahsia nama gergantung kepada anda sama ada untuk percaya atau tidak...peace!
Posted by hayati at 8:25 PM 0 comments
SEMAK JAWAPAN ANDA BETUL KE TIDAK?
Posted by hayati at 5:21 AM 0 comments
Tomorrow may be too late.
Posted by hayati at 4:48 AM 0 comments
Thursday, March 4, 2010
TEKA-TEKI-TEKU
1: Hitam dan berpeluh..Haaa. . Ape2??
2 : Ape benda bila masuk segitiga bila kuar bergulung-gulung..
3 : Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu yang paling tinggi?
3 : Byk2 kotak, kotak ape yg x leh angkat?
4 : Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar ??? Teka..teka.. kalo terer!
5 : 3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?
6 : Masa dia hidup kite menyanyi, masa dia mati kite tepuk tangan pulak…
7 : Scorpion kaler apa?
8 : Dlm bnyk2 kera, kera ape yg pandai menaip???
9 : Ada sorang orang tengah sembahyang pastu ada sekor anjing jilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMAYANG IMAM TU???
10 : 4 org awek cun berpayung dgn satu payung tp nape tak basah langsung??
OK, ANDA BOLEH KONGSI JAWAPAN ANDA DI RUANG KONGSI SOMETHING...BOLEH KITA SAMA-SAMA UJI MINDA....
Posted by hayati at 4:44 AM 0 comments
Monday, March 1, 2010
How to Honor Your Parents??
Step 1: Make dinner for you parents once in a while. They will appreciate the effort you put into making them a meal and it will lessen the work load on them.
Step 2: Even if your parents weren't there for you, reach out to them and communicate. It shows that you're on a different maturity level and that you won't let that hinder you from respecting your parents.
Step 3: helping them with things that they're not as fit to do if they're elderly. Parents are usually big blessings they take of you and you should take of them in return and show your love for them.
Tips
If you are experiencing problems with your parents, make sure you communicate this to them in a mature manner.
Posted by hayati at 10:11 AM 0 comments
Saturday, February 27, 2010
kasih sayang @ wang, mana yang penting?
Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut oleh anak lelakinya yang berusia tujuh tahun di muka pintu.“Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?”“Ya, nak tanya apa?”“Berapa pendapatan ayah sejam?”“Itu bukan urusan kamu. Buat apa nak sibuk tanya?”“Amin saja nak tahu ayah. Tolonglah bagi tahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?”“20 ringgit sejam.”“Oh…” kata si anak sambil tunduk menekur lantai.
Kemudian memandang wajah ayahnya semula sambil bertanya, “Ayah….boleh tak Amin pinjam sepuluh ringgit daripada ayah?”Si ayah menjadi berang dan berkata, “Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa sampai mintak sepuluh ringgit? Nak beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan untuk buang duit sebarangan. Sekarang pergi balik ke bilik dan tidur, dah lewat dah ni...”Kanak-kanak tujuh tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke biliknya.
Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yang kecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini. Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan membuka pintu.
Didapati anaknya masih belum tidur. “Kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah sepuluh ringgit ini,” kata si ayah.Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. “Terima kasih banyak ayah,” katanya begitu gembira. Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping not sepuluh ringgit yang sudah renyuk.Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang. “Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dari mana kamu dapat duit di bawah bantal tu?” Jerkah si ayah.
Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya. “Duit ini Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri setiap hari. Amin minta lagi 10 ringgit sebab duit yang Amin ada sekarang tak cukup,” jawab si anak perlahan.“Tak cukup untuk beli apa?” soal balik si ayah.“Ayah, sekarang Amin sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah. Amin nak makan malam bersama ayah,” jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya.Baru si ayah benar-benar faham maksud anaknya itu....
apa maksudnya di sini???maksudnya...Kadangkala kita terlampau sibuk sehingga mengabaikan insan tersayang yang dahagakan kasih sayang dan perhatian kita. Oleh itu, luangkan sedikit waktu untuk bersama mereka... yalah kalau nak dikirakan masalah sosial yang sangat banyak dan golongan yang paling ramai adalah golongan remaja....kenapa? sebab mereka ini kurang mendapat kasih sayang. jadi bagi mengambil perhatian dari orang yang mereka sayang dan sekelilingnya mereka melakukan kegiatan yang kurang berfaedah atau gejala negatif yang akhirnya membawa kesan buruk terhadap diri mereka.
sangat kesian..jadi kita sebagai masyarakat, jiran atau yang paling dekat ialah keluarga perlu meluangkan masa atau mengambil berat dengan orang yang hampir dengan kita...ini pandangan sayalah. anda bagaimana??
Posted by hayati at 7:45 AM 0 comments
Friday, February 26, 2010
Sempena 1 Malaysia..
baiklah di sini saya ingin bertanyakan kepada anda, sama ada anda bangga atau tidak menjadi sebahagian daripada 1 Malaysia? kalau tanya soalan itu kepada saya jawapannya ialah saya sangat2 bangga. tahu kenapa yalah kalau nak kira tentang keamanan, kesejahteraan dan banyak lagi faktor yang membuatkan anda akan bangga dengan Malaysia.
bukan apa, sebenarnya saya mahu anda lihat video ini dan fikir adakah kita yang bertuah dan bangga dengan Malaysia ataupun negara luar.....fikir-fikirlah...tonton dan hayatilah. Peace...
Posted by hayati at 9:17 AM 0 comments
Thursday, February 25, 2010
budaya lepak??
Golongan belia yang terlibat dengan budaya lepak ini mempunyai ciri sosiobudaya tertentu seperti pengangguran, pendidikan tidak kesampaian atau keciciran lebih awal, kehidupan keluarga yang tidak terurus dengan baik, kurang disiplin dan pengawalan diri, mudah terpengaruh, tidak menyukai tugas yang memerlukan tumpuan dan daya usaha, asas pendidikan agama yang lemah, putus asa kerana gagal dalam sesuatu hal yang berkaitan dengan diri sendiri, tidak mempunyai cita-cita yang kuat, kurang rasa tanggungjawab, tidak mampu mengambil cabaran, tidak ada daya usaha, dan mengharapkan orang lain. Mereka banyak menimbulkan masalah dan menjadi beban kepada ibu bapa dan masyarakat umumnya.
Budaya lepak di kalangan belia sering dikaitkan dengan isu sosial seperti kecenderungan untuk mencipta identiti baru, kecenderungan kepada kelainan, masalah penggunaan masa senggang, ketandusan wawasan hidup, keinginan melepaskan diri daripada kongkongan keluarga, usaha mendapatkan publisiti, dan manifestasi atau sindrom sosial ketidakupayaan belia menghadapi perubahan dan pemodenan dalam masyarakat yang begitu cepat berubah.
Posted by hayati at 6:56 PM 0 comments
Kasih Sayang...
Posted by hayati at 9:48 AM 0 comments
rehat minda...
anda hebat...hehehehe cubalah buat dan jadilah orang yang hebat walaupun dikritik kerana hanya anda sahaja yang tahu siapa diri anda...fikir-fikirlah!!
Posted by hayati at 9:38 AM 0 comments
Wednesday, February 24, 2010
How To Make Ur Mom Happy??
loving heart
Step 1:
great mum
1. Always think twice before doing anything. If you can’t share to your mum about it what you did. Then you’re doing something wrong. Be good and do good things to all. If your good not only mum will be happy about you. People know you feel happy about you.
Step 2:
i love you mum
2. Love your mum. Say to her when you feel missing her. Just call up and say mum I love u so much then say mum I miss u. This will give happiness to her. Really that happiness no one can give her.
Step 3:
love u
3. When you hurt her in something. Next morning…early in the morning go to her room and say mum I am sorry. I love you so much mum. No matter how much you hurt her. Definitely she will forgive you immediately, that’s mum. And then say her that so sweet mum I love you mum.
Step 4:
mum love
4. Always share your success with you mum first. Because whatever we are today that’s because of her love and blessings. I believe in that. Don’t you?
Step 5:
happy mum
5. Don’t forget to remember your mum birthday. Send greetings card and gift. Mum’s never except from your kids when they receive something they will be really happy. Never miss opportunity to make her happy.
Step 6:
i love you mum
6. Call up some time if your stay away from her. Listen to her, share you happiness and be supportive. Console her if she is sad. Say to her I am there for you mum. That one line is enough for her to be happy really you no need to give her anything. Be thankful and respect her. Final word the love ever is that’s only mum love because she loves unconditionally. All others like us or love us because they like something in us or they want something from us. Either you accept or not that’s fact. So always love mum and make her happy.
Posted by hayati at 8:42 AM 0 comments
Fikir-Fikir!!
Sebelum memulakan seminar, cikgu baharon mengeluarkan sehelai wang kertas bernilai RM100 dari dompetnya. Kemudian wang itu ditayangkan kepada 50 orang pesertanya."Siapa nak duit ni?" tanya Cikgu baharon..Semua peserta mengangkat tangan."Saya akan berikan duit ini kepada salah seorang daripada kamu, tapi izinkan saya membuat sesuatu dahulu ". Cikgu baharon meramas-ramas duit itu hingga renyuk.Kemudian dia menunjukkan duit yang sudah renyuk itu dan bertanya: "Ada sesiapa yang nak duit ini lagi?"Hampir semua pesertanya mengangkat tangan. Cikgu baharon mengangguk dan mencebikkan bibir."Okey apa kata kalau saya buat macam ni?" Duit RM100 itu dicampakkan dan di tenyeh-tenyeh dengan kasutnya..Cikgu baharon memungutnya semula lalu diletakkan di atas meja. Wang kertas itu bukan sahaja renyuk tetapi juga kotor."Sekarang siapa nak duit ni?" tanya Cikgu baharon.Selesai dia bertanya, lebih separuh daripada jumlah pesertanya masih mengangkat tangan."Okay, apa yang boleh kita kutip daripada peristiwa itu tadi?" tanya Cikgu baharon lagi.Pesertanya hanya diam, dan sesetengahnya hanya menggelengkan kepala. Mereka masih tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh Cikgu baharon."Walau apapun yang saya lakukan pada duit ini, kamu tetap akan mahukannya. Betul tak? Kamu tahu kenapa? Kerana nilainya tidak berubah walaupun dipijak dan ditenyeh dengan kasut.""RM100 tetap RM100 walaupun 10 kali dipijak." Katacikgu baharon. Semua peserta yang mendengar kata-katanya hanya tersenyum.Cikgu baharon mengaitkan peristiwa itu dengan kehidupan seharian. Sering kali di dalam hidup,setiap orang akan merasai kejatuhan, hati hancur, ataupun dihina. Hinggakan suatu ketika kita akan merasa diri kita tidak berguna langsung."Tetapi walau apapun yang telah terjadi, ataupun yang akan terjadi, anda tidak akan hilang harga diri. Bersih atau kotor, renyuk atau licin, anda tetap berharga terutama pada mereka yang disayangi.""Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarya kita?"jelas Cikgu baharon.Semua peserta ternganga mendengar penerangan cikgu baharon itu dan mereka lantas mengiyakan kebenaran kata-kata cikgu baharon itu...
Moral:Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarya diri kita.
Posted by hayati at 7:50 AM 0 comments