Welcome To My Site...

Hidup Biar Ceria...Hati Mau Senang...

Thursday, February 25, 2010

budaya lepak??


Melepak atau berjemur adalah satu aktiviti yang tidak bermoral dan membuang masa. Budaya lepak menyebabkan meningkatnya kes jenayah juvenil, kenakalan, dan jenayah ringan dan berat dalam masyarakat.


Golongan belia yang terlibat dengan budaya lepak ini mempunyai ciri sosiobudaya tertentu seperti pengangguran, pendidikan tidak kesampaian atau keciciran lebih awal, kehidupan keluarga yang tidak terurus dengan baik, kurang disiplin dan pengawalan diri, mudah terpengaruh, tidak menyukai tugas yang memerlukan tumpuan dan daya usaha, asas pendidikan agama yang lemah, putus asa kerana gagal dalam sesuatu hal yang berkaitan dengan diri sendiri, tidak mempunyai cita-cita yang kuat, kurang rasa tanggungjawab, tidak mampu mengambil cabaran, tidak ada daya usaha, dan mengharapkan orang lain. Mereka banyak menimbulkan masalah dan menjadi beban kepada ibu bapa dan masyarakat umumnya.


Budaya lepak di kalangan belia sering dikaitkan dengan isu sosial seperti kecenderungan untuk mencipta identiti baru, kecenderungan kepada kelainan, masalah penggunaan masa senggang, ketandusan wawasan hidup, keinginan melepaskan diri daripada kongkongan keluarga, usaha mendapatkan publisiti, dan manifestasi atau sindrom sosial ketidakupayaan belia menghadapi perubahan dan pemodenan dalam masyarakat yang begitu cepat berubah.



okay, jika dilihat pada beberapa sudut terdapat beberapa jenis golongan lepak dalam kalangan masyarakat kita sekarang...



Lepak dikalangan remaja bawah umur



Orang tua dan penjaga memainkan peranan PENTING dalam membanteras budaya lepak dikalangan anak-anak mereka. Kebanyakan orang tua tidak tahu bahawa anak mereka terlibat dalam group lepak, biasanya mereka menyangka anak ada kelas tambahan, jumpa kawan dan banyak lagi alasan-alasan palus yang dipercayai mentah2 oleh ibubapa. Cuba selidiki siapa kawan anak-anak kita, kemana dan apa tujuan anak kita keluar rumah. Ingat! jangan sudah jatuh baru tergadah, baru menyesal dan baru nak memarahi anak kita.



Lepak dikalangan orang muda-muda



Orang muda punya tanggungjawap untuk mejaga maruah dan imej masing-masing. Jangan biarkan orang lain buruk sangka pada kita. Jaga imej kita. Difahami orang muda suka lepak di cafe, kedai makan dan sebagainya. Tujuan standard iaitu buang boring, buang stress, jumpa kawan atau boy/girl friend dan saja-saja minum atau makan dengan kawan2. Ini semua tidak salah. Cuma yang salah ialah apabila terlihat kelakuan sebahagian mereka yang kurang sopan seperti babun berlebih-lebihan, kurang ajar seperti ketawa terbahak-bahak sehingga menganggu orang lain, mencarut-carut, menyumpah dan mengurat sehingga menganggu orang lain. Yang menjadi umpatan orang juga bukan hanya kelakuan yang kurang menyenangkan, juga pakaian yang tidak sopan. Orang muda-muda - jagalah imej!



Lepak dikalangan orang tua-tua



Orang tua juga suka lepak terutama pak haji-pak haji, berbual bersama rakan-rakan di kedai kopi sudah biasa dilihat dan tiada yang membagi hairan atau menganggu. Cuma kadang-kadang sama juga kelakuan dengan orang muda yang tidak sopan dan tidak sesuai dengan usia. Ingatlah keluarga di rumah- ingat anak-anak dan isteri yang mungkin akan mendengar kisah-kisah kita semasa lepak di kedai kopi, kadang-kadang rakan punya angkara, kita pun terlibat sama, elakkan dari mengundang fitnah orang. Dikalangan mak hajah? emmm, jarang didengar atau jarang kelihatan, mungkin mereka suka lepak dengan anak-anak. Apa pun jangan lah dimulakan trend lepak ibu-ibu, tangungjawap dirumah masih banyak lagi... tetapi jika tidak mengundang prasangka dan berkelakuan senonoh, rasanya tiada masalah lahhh.



ini ada adalah sekadar pendapat peribadi. kadang kala saya pun terkategori dalam budaya lepak ini...cuma mungkin tidak melakukan aktiviti yang negatif.

0 comments: