Welcome To My Site...

Hidup Biar Ceria...Hati Mau Senang...

Thursday, February 25, 2010

budaya lepak??


Melepak atau berjemur adalah satu aktiviti yang tidak bermoral dan membuang masa. Budaya lepak menyebabkan meningkatnya kes jenayah juvenil, kenakalan, dan jenayah ringan dan berat dalam masyarakat.


Golongan belia yang terlibat dengan budaya lepak ini mempunyai ciri sosiobudaya tertentu seperti pengangguran, pendidikan tidak kesampaian atau keciciran lebih awal, kehidupan keluarga yang tidak terurus dengan baik, kurang disiplin dan pengawalan diri, mudah terpengaruh, tidak menyukai tugas yang memerlukan tumpuan dan daya usaha, asas pendidikan agama yang lemah, putus asa kerana gagal dalam sesuatu hal yang berkaitan dengan diri sendiri, tidak mempunyai cita-cita yang kuat, kurang rasa tanggungjawab, tidak mampu mengambil cabaran, tidak ada daya usaha, dan mengharapkan orang lain. Mereka banyak menimbulkan masalah dan menjadi beban kepada ibu bapa dan masyarakat umumnya.


Budaya lepak di kalangan belia sering dikaitkan dengan isu sosial seperti kecenderungan untuk mencipta identiti baru, kecenderungan kepada kelainan, masalah penggunaan masa senggang, ketandusan wawasan hidup, keinginan melepaskan diri daripada kongkongan keluarga, usaha mendapatkan publisiti, dan manifestasi atau sindrom sosial ketidakupayaan belia menghadapi perubahan dan pemodenan dalam masyarakat yang begitu cepat berubah.



okay, jika dilihat pada beberapa sudut terdapat beberapa jenis golongan lepak dalam kalangan masyarakat kita sekarang...



Lepak dikalangan remaja bawah umur



Orang tua dan penjaga memainkan peranan PENTING dalam membanteras budaya lepak dikalangan anak-anak mereka. Kebanyakan orang tua tidak tahu bahawa anak mereka terlibat dalam group lepak, biasanya mereka menyangka anak ada kelas tambahan, jumpa kawan dan banyak lagi alasan-alasan palus yang dipercayai mentah2 oleh ibubapa. Cuba selidiki siapa kawan anak-anak kita, kemana dan apa tujuan anak kita keluar rumah. Ingat! jangan sudah jatuh baru tergadah, baru menyesal dan baru nak memarahi anak kita.



Lepak dikalangan orang muda-muda



Orang muda punya tanggungjawap untuk mejaga maruah dan imej masing-masing. Jangan biarkan orang lain buruk sangka pada kita. Jaga imej kita. Difahami orang muda suka lepak di cafe, kedai makan dan sebagainya. Tujuan standard iaitu buang boring, buang stress, jumpa kawan atau boy/girl friend dan saja-saja minum atau makan dengan kawan2. Ini semua tidak salah. Cuma yang salah ialah apabila terlihat kelakuan sebahagian mereka yang kurang sopan seperti babun berlebih-lebihan, kurang ajar seperti ketawa terbahak-bahak sehingga menganggu orang lain, mencarut-carut, menyumpah dan mengurat sehingga menganggu orang lain. Yang menjadi umpatan orang juga bukan hanya kelakuan yang kurang menyenangkan, juga pakaian yang tidak sopan. Orang muda-muda - jagalah imej!



Lepak dikalangan orang tua-tua



Orang tua juga suka lepak terutama pak haji-pak haji, berbual bersama rakan-rakan di kedai kopi sudah biasa dilihat dan tiada yang membagi hairan atau menganggu. Cuma kadang-kadang sama juga kelakuan dengan orang muda yang tidak sopan dan tidak sesuai dengan usia. Ingatlah keluarga di rumah- ingat anak-anak dan isteri yang mungkin akan mendengar kisah-kisah kita semasa lepak di kedai kopi, kadang-kadang rakan punya angkara, kita pun terlibat sama, elakkan dari mengundang fitnah orang. Dikalangan mak hajah? emmm, jarang didengar atau jarang kelihatan, mungkin mereka suka lepak dengan anak-anak. Apa pun jangan lah dimulakan trend lepak ibu-ibu, tangungjawap dirumah masih banyak lagi... tetapi jika tidak mengundang prasangka dan berkelakuan senonoh, rasanya tiada masalah lahhh.



ini ada adalah sekadar pendapat peribadi. kadang kala saya pun terkategori dalam budaya lepak ini...cuma mungkin tidak melakukan aktiviti yang negatif.

Kasih Sayang...

Seekor anak anjing yang kecil mungil sedang berjalan-jalan di ladang pemiliknya. Ketika dia mendekati kandang kuda, dia mendengar binatang besar itu memanggilnya. “Kamu mesti masih baru di sini, cepat atau lambat kamu akan mengetahui bahawa pemilik ladang ini mencintai saya lebih dari binatang lainnya. Kerana saya mampu mengangkut banyak barang untuknya, saya kira binatang sekecil kamu tidak akan bernilai sama sekali baginya”, ujarnya dengan sinis.Anjing kecil itu menundukkan kepalanya dan pergi. Tapi, dari kandang sebelah, ia mendengar suara seekor lembu. “Saya adalah binatang yang paling terhormat di sini sebab puan di sini membuat keju dan mentega dari susu saya. Kamu tentu tidak berguna bagi keluarga di sini”, dengan nada mencemuh.
Belum lagi kesedihannya hilang, ia mendengar teriakan biri-biri. “Hai lembu, kedudukanmu tidak lebih tinggi dari saya. Aku memberi bulu kepada pemilik ladang ini. Saya memberi kehangatan kepada seluruh keluarga. Tapi kata-katamu soal anjing kecil itu, memang benar. Dia sama sekali tidak ada manfaatnya di sini.”Satu demi satu binatang di situ ikut serta dalam pencemuhan itu, sambil menceritakan betapa tingginya kedudukan mereka di ladang itu. Ayam pun berkata bagaimana dia telah memberikan telur, kucing bangga bagaimana dia telah menghapuskan tikus-tikus dari ladang itu. Semua binatang sepakat kalau si anjing kecil itu adalah makhluk tak berguna dan tidak sanggup memberikan sumbangan apapun kepada keluarga itu.
Terpukul oleh kecaman binatang-binatang lain, anjing kecil itu pergi ke tempat sepi dan mulai menangis menyesali nasibnya. Sedih rasanya, sudah yatim piatu, dianggap tak berguna, disingkirkan dari pergaulan pula…Ada seekor anjing tua di situ mendengar tangisan tersebut, lalu mendengar keluh kesah si anjing kecil itu. “Saya tidak dapat memberikan sumbanga kepada keluarga di sini, sayalah haiwan yang paling tidak berguna di sini…”Terharu, anjing tua berkata, “Memang benar bahwa kamu terlalu kecil untuk menarik pedati. Kamu tidak berupaya memberikan telur, susu ataupun bulu. Tetapi bodoh sekali jika kamu menangisi sesuatu yang tidak mampu kamu lakukan. Kamu harus menggunakan kemampuan yang diberikan oleh Tuhan untuk membawa kegembiraan.
”Malam itu ketika pemilik ladang baru pulang dan kelihatan amat lelah Kerana perjalanan jauh di panas terik matahari, anjing kecil itu lari menghampirinya, menjilat kakinya dan melompat ke pelukannya. Sambil menjatuhkan diri ke tanah, pemilik ladang dan anjing kecil itu berguling-guling di rumput disertai tawa ria. Akhirnya pemilik ladang itu memeluk dia erat-erat dan mengelus-elus kepalanya, dan berkata, “Meskipun saya pulang dalam keadaan letih, tapi rasanya semua jadi sirna, bila kau menyambutku semesra ini. Kamulah yang paling berharga di antara semua binatang di ladang ini. Kamu kecil, tapi sangat mengerti ertinya kasih…”
Jadi, jangan sedih ketika kamu tidak dapat melakukan sesuatu seperti orang lain Kerana memang tidak memiliki kemampuan untuk itu. Tetapi apa yang kamu dapat lakukan, kerjakan itu dengan sebaik-baiknya. Dan jangan sombong jika kamu merasa banyak melakukan beberapa hal pada orang lain, karena orang yang tinggi hati akan direndahkan dan orang yang rendah hati akan ditinggikan. Selalu begitu keadaannya…lihatlah kanak-kanak ini yang telah cuba buat yang sebaiknya untuk dirinya dan secara tidak langsung menggembirakan ibu bapanya...

rehat minda...

anda hebat...hehehehe cubalah buat dan jadilah orang yang hebat walaupun dikritik kerana hanya anda sahaja yang tahu siapa diri anda...fikir-fikirlah!!

uji minda!!...




sila beri jawapan anda di laman jom kongsi something....peace!!!
cuba beritahu binatang apakah ini??